Legenda Puteri Gunung Ledang
 |
|
| Menikmati kesegaran air terjun |
|
|
isah legenda Puteri Gunung Ledang seringkali menjadi bualan masyarakat dan legenda tersebut tidak pernah luput sejak dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Gunung Ledang yang terletak berhampiran dengan kampung ini sering kali menerima kunjungan ramai dari seluruh pelosok tanah air dan negara luar. Keunikan air terjun dan kedamaian hutan yang menggamit hati menyebabkan ia tidak pernah putus daripada mendapat kunjungan orang luar terutamanya di musim cuti sekolah dan cuti umum.
Panorama air terjun yang sungguh cantik pasti membuatkan anda ingin tinggal lebih lama di sini. Selain itu, kedengaran bunyi unggas-unggas di hutan juga seolah-olah menyambut kedatangan anda ke sini. Anda boleh memilih untuk mandi-manda di kawasan kaki gunung atau mendaki hingga ke puncak Gunung Ledang. Ternyata usaha anda tidak akan sia-sia kerana keindahan air terjun yang terdapat di bahagian atas dan kesejukan air membuatkan anda merasai keseronokan tidak terhingga. Spesis pokok-pokok hutan yang masih terpelihara juga menambahkan keseronokan percutian anda untuk meneroka kawasan Air Terjun Gunung Ledang ini.
| |
 |
| |
| Pemandangan Hutan Gunung Ledang |
|
Pusat Rekreasi Gunung Ledang ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Belia dan Sukan pada tahun 1994 dan kawasan ini diwartakan sebagai Hutan Simpan Johor. Kemudahan tempat penginapan dan chalet juga disediakan dengan harga berpatutan di sini. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan untuk sewa tapak perkhemahan, jungle tracking, kefetaria, tandas awam dan kedai menjual barangan cenderamata. Terdapat juga perkhidmatan bagi organisasi swasta dan kerajaan untuk menjalankan seminar, Program Biro Tata Negara dan perkhemahan di kawasan air terjun ini.
|