Gunung Ledang
ir Terjun Gunung Ledang yang popular di negara kita merupakan salah satu identiti untuk pengunjung datang ke Kampung Parit Sagil 2. Keunikan dan kedamaian hutan yang boleh didapati di air terjun ini seringkali menjadi tumpuan pengunjung dari luar dan ia turut memberi impak kepada penduduk kampung. Ada di antara pelancong luar yang datang dan singgah ke kampung ini selepas mereka mengunjungi air terjun tersebut.
 |
|
| Pemandangan Gunung Ledang |
|
|
Terletak di Negeri Johor, anda boleh sampai ke sini melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui susur keluar Tangkak, Muar dan Segamat. Kampung ini hanya terletak kira-kira lima kilometer dari Bandar Tangkak dan lima minit perjalanan dari Pekan Sagil. Bagi mereka yang datang dari Muar atau Segamat, jarak untuk ke kampung ini kira-kira 30 kilometer sahaja.
Keadaan kampung yang damai nan menghijau dengan lambaian dedaun pokok kelapa sawit berselang-seli dengan tanaman getah pasti membuatkan anda tenang seketika. Kedudukan kampung yang terletak di kaki Gunung Ledang juga menjadikan kampung ini sesuai untuk apa jua jenis tanaman. Penduduk di sini juga memilih untuk menjalankan aktiviti kampung bagi memenuhi keperluan harian mereka.
|