Perusahaan IKS Mengguntungkan
| |
 |
| |
| Sebahagian produk IKS Kampung |
|
ampung ini bertuah kerana terdapat pelbagai produk dan perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang dijalankan di sini. Kebanyakan golongan wanita dewasa lebih cenderung melibatkan diri dalam aktiviti IKS di kampung ini. Pada awalnya, mereka ini hanya ingin menambah pendapatan keluarga namun perusahaan IKS yang dijalankan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda kepada peserta yang terlibat. Ada di antara pengusaha yang terpaksa menambah bilangan pekerja ketika musim perayaan kerana tidak “menang tangan” melayan permintaan pelanggan.
Produk IKS yang boleh didapati di kampung ini ialah baulu cermai, baulu gulung, kuih denderam, dodol, cakar ayam, kerepek serta kuih muih tradisional. Keenakan dan keaslian setiap produk makanan yang dijual sememangnya tidak dinafikan lagi. Ada juga pelanggan yang sanggup datang dari jauh untuk mendapatkan produk makanan yang dijual. Pihak jawatankuasa kampung ada merancang untuk menambah produk IKS dan meluaskan pasaran produk sehingga ke peringkat luar negara. Sektor perusahaan sejuk beku masih lagi di peringkat perancangan dan mereka ingin melantik seorang penduduk kampung yang bertauliah bagi membantu penduduk memasarkan produk kampung yang dihasilkan.
|