Gaya Hidup Sihat

 
Memberikan perkhidmatan kepada pesakit
 
K

linik Desa Sagil yang terletak di tepi jalan utama kampung menjadi pilihan penduduk untuk mendapatkan kemudahan kesihatan. Kemudahan rawatan bagi ibu mengandung, kanak-kanak, luka kecil atau sakit ringan disediakan di sini. Dengan bayaran hanya RM1, pesakit luar yang mendaftar boleh mendapatkan rawatan. Bagi pegawai dan kakitangan kerajaan yang membawa surat akuan jabatan mereka juga boleh mendapatkan rawatan kesihatan dengan percuma.

Penduduk di kampung juga sentiasa memastikan kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik. Selain menjalankan aktiviti senaman dan mengamalkan gaya hidup yang sihat, mereka juga turut mendapat nasihat daripada jururawat masyarakat yang bertugas jika terdapat sebarang masalah berkaitan kesihatan. Keramahan jururawat yang bertugas membuatkan mereka amat disenangi oleh penduduk kampung. Klinik ini sentiasa memastikan khidmat yang diberikan berada dalam keadaan yang baik dan setiap pengunjung diberikan perkhidmatan yang diperlukan.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK