Sentiasa Aman dan Terkawal

A

spek keselamatan penduduk di kampung ini berada di dalam keadaan yang terkawal. Setiap penduduk sentiasa memastikan keselamatan kampung berada dalam keadaan yang baik. Terdapat sebuah balai polis iaitu Balai Polis Sagil dan balai bomba berdekatan dengan kampung. Dengan adanya badan keselamatan ini, penduduk kampung hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram.

Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) juga diwujudkan di dalam mukim ini. Tujuannya ialah untuk membantu meningkatkan keselamatan penduduk. Anggota RELA terdiri daripada anak tempatan, yang sentiasa memastikan tahap keselamatan kampung terkawal. Rondaan secara bergilir-gilir dilakukan pada waktu malam untuk memantau keselamatan penduduk terpelihara. Selain itu, RELA juga bertanggungjawab membantu pihak polis trafik dalam mengawal lalu lintas ketika terdapat sebarang majlis rasmi anjuran kerajaan dan juga memastikan setiap majlis yang dianjurkan berada dalam keadaan selamat. Kadang kala mereka juga akan membantu pihak berkuasa untuk memerangi kemasukan pendatang tanpa izin di dalam kawasan kampung dan sekitarnya.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK