Keselesaan Tinggal Di Kampung

B

oleh dikatakan kemudahan asas yang terdapat di sini mencapai tahap yang memuaskan. Setiap penduduk dapat menikmati kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan bekalan elektrik serta kemudahan komunikasi. Selain itu, pengangkutan ke kawasan ini juga baik dengan menggunakan kenderaan persendirian seperti kereta dan motosikal. Perkhidmatan bas ekspres juga kadangkala melewati kawasan kampung dan memudahkan anak muda yang tinggal di kotaraya untuk pulang ke kampung.

Kawasan jalan kampung yang bertar memudahkan penduduk untuk ke sana ke mari. Segala kemudahan yang disediakan adalah bagi kemudahan semua. Pihak jawatankuasa kampung tidak mahu penduduk ketinggalan dalam menikmati kemudahan yang disediakan walaupun tinggal di pedalaman.

 
 
Balai Raya Sagil

Di antara kemudahan awam lain yang terdapat di sini adalah perpustakaan desa, klinik desa, sekolah, balai polis, balai raya, bilik gerakan belia, kompleks penghulu, masjid, surau, dan telefon awam. Terdapat juga pasar awam berdekatan untuk kemudahan penduduk memperolehi barangan segar seperti ikan, ayam dan sayuran. Kemudahan pejabat pos untuk urusan pembayaran bil dan surat-menyurat boleh didapati di kawasan pekan berdekatan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK