Permuafakatan Sesama Penduduk

 
 
Pemandangan air terjun
I

katan perpaduan di antara penduduk kampung ini dengan kawasan sekitarnya amat rapat. Kebanyakan penduduk kampung akan bekerjasama dan acap kali berjumpa untuk bertanya khabar, menjalankan aktiviti pertanian dan perniagaan serta mendapatkan perkhidmatan di kampung luar. Kampung yang berdekatan ialah Kampung Parit Sagil 1 dan Kampung Parit Sagil 3, Kampung Melayu Raya dan Kampung Kongo.

Selain itu, Pekan Sagil yang terletak berhampiran dengan kawasan kampung juga menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada penduduk kampung dan pengunjung luar. Antaranya ialah stesen minyak, beberapa kedai barangan runcit, balai polis dan klinik kesihatan.

Warga kampung akan bertemu dengan jiran-jiran dari kampung sebelah untuk bersama-sama menunaikan solat di masjid yang terletak di kampung ini. Mereka juga bermuafakat apabila terdapat majlis-majlis keagamaan yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran mukim seperti kelas agama, sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Setiap orang memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan setiap aktiviti yang direncanakan.

Dari sudut lain, penduduk di sini juga menjalinkan hubungan akrab dalam aktiviti rakyat, sukan tahunan dan sukaneka yang dianjurkan saban tahun. Aktiviti yang dijalankan ada kalanya diadakan sehingga seminggu namun setiap wakil kampung akan menyumbangkan tenaga dan khidmat tanpa berbelah bagi. Permuafakatan sebeginilah yang menjadikan aktiviti yang dianjurkan mendapat sambutan di hati setiap penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK