Keazaman Membangunkan Kampung
etiap kampung pastinya mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berfungsi untuk membentuk serta merancang perhubungan kemasyarakatan. JKKK juga membuat permohonan peruntukan kepada kerajaan negeri dan pusat untuk memajukan kawasan kampung. Selain itu, JKKK juga bertanggungjawab memastikan kemajuan dan keselamatan kampung berada di dalam tahap yang baik untuk kemudahan orang kampung. JKKK merupakan agen menyampaikan wadah kerajaan kepada penduduk dan menerima apa jua maklumat yang ingin disampaikan oleh orang kampung kepada pihak lebih tinggi.
| |
 |
| |
| Temuramah yang dilakukan bersama JKKK |
|
JKKK ini telah berjaya membuat beberapa perubahan dan menambah baik prasarana dan infrastruktur di dalam kampung ini. Kini segala kemudahan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan dinikmati oleh setiap insan di dalam kawasan kampung ini. Selain itu, JKKK juga telah banyak menabur bakti terhadap pembangunan modal insan penduduk melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan program untuk meningkatkan taraf hidup penduduk. Bukan sahaja penganjuran aktiviti berbentuk kemasyarakatan, tetapi pendekatan pendidikan secara tidak formal juga diperluaskan kepada setiap penduduk terutamanya golongan kanak-kanak dan pelajar. Mereka inilah generasi pelapis yang akan menjadi kesinambungan pembangunan kampung.
Jika terdapat sebarang kemusykilan dan pendapat yang ingin disampaikan, anda boleh menghubungi Tuan Haji Simin Jasiman iaitu Pengerusi JKKK Kampung Parit Sagil 2. Beliau sentiasa menyambut apa jua pendapat dan membantu anda dengan tangan yang terbuka.
|