Pertanian Pilihan Utama

S

umber pendapatan utama anak watan di sini di jana melalui sektor pertanian. Ada juga yang bekerja sendiri di kampung. Selain itu, ada juga di antara penduduk yang memilih untuk berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Golongan belia kampung lebih suka merebut peluang pekerjaan di luar kampung seperti bekerja sebagai doktor, guru, pegawai pentadbir dan sebagainya. Selain menjamin masa depan yang cemerlang, mereka juga ingin menabur bakti kepada penduduk kampung melalui apa jua bidang yang diceburi. Keazaman yang kuat untuk mengubah nasib keluarga dan menaikkan taraf hidup merupakan suatu usaha murni anak muda kampung ini.

 
Aktiviti mengutip buah sawit
 

Bagi golongan tua, mereka lebih cenderung untuk meneruskan perjuangan dalam bidang pertanian. Kebun kelapa sawit dan getah yang luas di sekitar kawasan kampung diusahakan oleh golongan lebih berpengalaman. Namun ada juga anak muda yang ingin mengikuti jejak langkah generasi terdahulu untuk mendapatkan sumber rezeki melalui pertanian. Mereka yakin dengan adanya teknologi lebih moden, hasil pertanian yang diusahakan boleh memberi keuntungan berlipat kali ganda.

Bagi sesetengah penduduk yang cenderung ke arah perniagaan dan bekerja sendiri, mereka mempunyai sebab tersendiri untuk menceburi bidang ini. Mereka ingin mencari pengalaman di dalam bidang tersebut dan lebih selesa bekerja sendiri. Terdapat juga beberapa orang wanita yang mengambil upah menjahit baju dan membuka gerai di tepi jalan kampung untuk menyara keluarga.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK