| |
“Jikalau raja Melaka hendakkan aku, perbuatkanlah aku jambatan emas satu dan jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang itu. Akan peminangnya hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata anak dara setempayan, air pinang muda setempayan, darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau ada demikian kabullah tuan puteri akan kehendak raja Melaka itu.” Demikianlah permintaan yang Puteri Gunung Ledang apabila Sultan Mahmud menghantar utusan untuk meminangnya. Oleh kerana tidak mahu mengorbankan puteranya, Sultan Mahmud terpaksa akur dengan permintaan tersebut. Peristiwa tersebut masih lagi menjadi legenda masyarakat tempatan sehingga kini dan cerita tersebut telah diadaptasi kepada penerbitan buku, teater dan filem.
|