Aktif Dalam Aktiviti Kampung

G

olongan belia di kampung ini sarat dengan pelbagai aktiviti dan program yang telah disediakan oleh jawatankuasa kampung. Di antara projek yang diusahakan oleh golongan belia ialah menternak ikan keli dan projek menanam sayuran kekacang di bawah bantuan Jabatan Pertanian Johor. Mereka memilih untuk bekerja kampung dan menggunakan ilmu yang diperoleh ketika belajar untuk membantu meningkatkan taraf hidup penduduk kampung. Keazaman dan kesungguhan yang ditonjolkan menjadi pendorong kepada anak muda di kampung ini untuk memanfaatkan masa dan menggunakannya untuk perkara yang berfaedah.

Seperti biasa, belia di kampung ini akan berkumpul setiap petang untuk beriadah di kawasan padang bola dan gelanggang takraw. Aktiviti sukan ini memang menjadi kegilaan golongan belia sejak dari dulu. Selain itu, ada juga belia yang melibatkan diri dengan aktiviti silat dan pasukan kompang. Biasanya mereka akan menawarkan khidmat ketika musim kahwin dengan kadar bayaran yang berpatutan. Sesungguhnya belia di kampung ini mempunyai potensi untuk mengembangkan minat dan bakat yang diperoleh serta membantu memajukan kampung dan mempromosikan aktiviti kemasyarakatan kepada orang luar.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK