Wanita, Nadi Kejayaan Lelaki
ngkapan wanita sebagai tulang belakang lelaki merupakan sesuatu yang dipraktikkan di kampung ini. Kebanyakan kaum wanita di sini membantu suami mereka melalui penglibatan sektor perusahaan kecil dan perniagaan yang dijalankan. Selain itu, wanita juga aktif dalam aspek keagamaan dan kemasyarakatan di dalam kampung.
Kaum wanita di sini memilih bidang perusahaan kecil dan perniagaan medan selera ikan bakar untuk membantu meringankan beban suami mereka. Kebanyakan perusahaan yang diceburi adalah menggunakan modal sendiri dan apabila ia semakin berkembang, barulah mereka akan memohon bantuan daripada pihak berwajib. Sebagai contoh, perusahaan sagun yang dijalankan oleh Puan Saidah Mohd Kassim yang membantu suaminya dalam mengembangkan perusahaan mereka.
| |
 |
| |
| Wanita Jeram kini setanding dengan kaum lelaki |
|
Kaum wanita di sini akan berkumpul untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarkatan seperti aktiviti masakan, marhaban dan juga nasyid. Mereka turut menganjurkan Pertandingan Nasyid ketika sambutan Hari Raya dan Maal Hijrah peringkat mukim Jeram. Aktiviti kumpulan wanita di sini di bawah pimpinan Datin Misrah dan beliau sering kali menjadi rujukan kaum wanita sebelum sesuatu aktiviti dijalankan.
Penglibatan yang aktif oleh kaum hawa di sini dapat membantu melicinkan apa juga program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak jawatankuasa kampung. Selain itu, sikap mereka yang ramah apabila berjumpa dengan pengunjung dari luar membuatkan ramai pengunjung senang hati untuk bertandang ke kampung ini.
|