Jaringan Tanpa Sempadan
| |
 |
| |
| Cakera VSAT untuk tujuan komunikasi |
|
erpustakaan Desa merupakan salah satu usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar. Selain itu, melalui projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) ia dapat mengurangkan kadar buta teknologi maklumat di kalangan masyarakat luar bandar.
Perpustakaan Desa Jeram yang terletak di tengah-tengah kawasan Kampung Jeram telah ditubuhkan pada tahun 1998. Perpustakaan ini di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan menawarkan perkhidmatan pinjaman, rujukan, perkhidmatan maklumat komuniti dan teknologi maklumat kepada penduduk setempat. Perpustakaan ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat manakala pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat pula dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang. Perpustakaan ini akan ditutup pada hari Ahad dan Isnin, jika perkhidmatannya dibuka pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat. Perpustakaan ini juga ditutup pada setiap hari Sabtu minggu pertama dan ketiga atau hari cuti umum.
Perpustakaan ini menggunakan cakera untuk kemudahan komunikasi dan talian internet. Jenis cakera ini adalah Very Small Aperture Satellite Terminal atau lebih dikenali sebagai VSAT. Manakala untuk penggunaan radas adalah dari jenis Earth MW yang diperuntukkan oleh Telekom Malaysia Berhad semasa pelancaran projek USP yang pertama. Lebar jalur pancaran adalah sebanyak 144.00 dengan kuasa G7W 0.005. Frekuensi Pemancaran (MHz) adalah 5951.409500 manakala Frekuensi Terima (MHz) adalah 3733.000000.
 |
|
| Kemudahan lengkap di perpustakaan |
|
|
Koleksi buku dan bacaan ilmiah yang boleh didapati di sini merangkumi bacaan untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Kapasiti untuk memuatkan pengguna dalam sesuatu masa adalah seramai 30 orang. Perpustakaan ini diselia oleh Puan Rezawati Mohd, yang merupakan penyelaras perpustakaan.
Aktiviti seperti “Program Gerakan Membaca” telah dianjurkan sebagai salah satu acara tahunan melalui peruntukkan daripada perpustakaan, penghulu mukim dan juga jawatankuasa kampung. Ini merupakan antara aktiviti popular di kalangan masyarakat di daerah Kuala Selangor. Selain itu, terdapat juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, kuiz sejarah untuk golongan dewasa dan pertandingan pidato untuk ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK). Kebiasaannya, setiap aktiviti dijalankan di perpustakaan ataupun di balai masyarakat mengikut kesesuaian aktiviti.
| |
 |
| |
Buku-buku yang tersusun rapi memudahkan rujukan |
|
Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) ini diharapkan dapat membantu menambahkan ilmu penduduk kampung dan sekali gus merapatkan jurang ilmu masyarakat bandar dan luar bandar. Generasi muda merupakan generasi pelapis yang akan mewarisi kepimpinan terdahulu dan melalui ilmu sahajalah mereka akan dapat meneruskan perjuangan dan agenda pembangunan negara.
|