Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Jeram
Batu 19,
45800 Jeram, Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
   
 

Perhubungan Masyarakat Majmuk Erat

K

ampung Jeram, Kuala Selangor dianggarkan mempunyai seramai 5,800 penduduk. Daripada jumlah itu, dianggarkan kaum lelaki adalah 2,700 manakala kaum wanita adalah seramai 3,100 orang. Tiga kaum yang tinggal di sini adalah Melayu, Cina dan India. Kaum terbesar merupakan kaum Melayu manakala kaum minoriti ialah kaum Cina dan India.

 
 
Pemuafakatan asas penduduk Jeram

Kebanyakan penduduk menganut agama Islam manakala kaum Cina menganut agama Buddha dan India menganut agama Hindu. Walaupun berlainan kaum dan kepercayaan, namun setiap kaum masih teguh dan bekerjasama dalam pelbagai aspek terutamanya dari segi pembangunan kampung tercinta.

Petempatan di kampung ini adalah secara berselerak dan berderet di sekitar kampung. Masih terdapat perkampungan Melayu di dalam kampung yang masih mengekalkan ciri-ciri binaan lama. Terdapat juga penambahan projek taman perumahan oleh pemaju perumahan disebabkan penambahan penduduk yang menetap di sini. Taman Budi merupakan salah satu taman perumahan yang terdapat di kampung ini. Walaupun sudah lama ditelan zaman, terdapat juga bangunan kedai lama yang masih utuh dan digunakan oleh generasi kini.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK