Tanaman Kelapa Matak RMK-9
ektor pertanian menjadi penyumbang utama dalam ekonomi penduduk kampung walaupun hanya golongan tua yang menjalankan aktiviti pertanian di kampung ini. Tanaman seperti kelapa sawit, pisang dan sayur-sayuran dijalankan di tanah sendiri ataupun disewa daripada tuan tanah. Selain itu, terdapat juga penanaman pokok kelapa dan buah naga secara kecil-kecilan.
 |
|
| Pokok kelapa sawit yang menghijau |
|
|
Pertanian masih lagi menjadi subjek relevan di kampung ini. Hal ini disebabkan keadaan geografi tanah yang begitu bersesuaian untuk aktiviti pertanian. Hasil tani yang diperoleh akan dijual sendiri ataupun menjualnya melalui orang tengah sebelum dipasarkan di sekitar kampung atau di pasar-pasar kampung sekitar.
Bantuan yang diterima daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) daerah Kuala Selangor sedikit sebanyak membantu petani-petani ini terus mengusahakan hasil pertanian. Antara bantuan yang disediakan ialah seperti khidmat nasihat pertanian atau perladangan, bantuan baja atau benih pokok serta membantu memasarkan hasil kelapa sawit di pasaran luar.
| |
 |
| |
| Penanaman buah Naga punya potensi yang besar |
|
Rancangan pertanian moden di bawah Projek Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) adalah projek tanaman kelapa matak iaitu kelapa rendang pada tahun 2000. Projek ini mendapat peruntukan daripada Pejabat Pertanian Kuala Selangor untuk menanam semula tanaman kelapa ini. Hanya petani yang memberikan komitmen tinggi diberikan bantuan untuk menjayakan projek ini. Selain daripada memberikan sumber pendapatan sampingan, projek ini juga selaras dengan kesesuaian tanah untuk hasil tanaman kelapa matak ini.
|