Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Jeram
Batu 19,
45800 Jeram, Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
   
   

Tan Sri Khalid, MB Selangor Anak Jati Kampung Jeram

P

endidikan menjadi teras utama dalam melahirkan lebih ramai generasi muda yang lebih berilmu dan berintelek di Kampung Jeram. Ini dapat dilihat dengan adanya banyak sekolah rendah dan sekolah menengah di sini yang menjadi pusat ilmu masyarakat kampung dan penduduk sekitarnya.

 
 
Sekolah Kebangsaan Jeram, pusat menimda ilmu

Di antara sekolah-sekolah yang terdapat di sini adalah Sekolah Kebangsaan Jawa, Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20, Sekolah Rendah Agama Jeram, Sekolah Menengah Agama Jeram, Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Tiga, Sekolah Menengah Hafiz, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pui Teh dan tadika. Kesemua sekolah ini merupakan sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran kecuali sekolah menengah hafiz, iaitu satu-satunya sekolah agama swasta yang ada di sini. Bagi tadika-tadika yang terdapat di kampung ini, ia adalah di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

 
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pui Teh
 

Boleh dikatakan tahap pencapaian akademik anak kampung berada pada tahap yang baik kerana mereka mendapat pendidikan yang sempurna sejak kecil. Malah, ada juga sebahagian penduduk yang menuntut ilmu sehingga ke menara gading di sekitar Selangor bahkan ke luar negara. Di antara tokoh hebat yang berasal dari kampung ini ialah Datuk Ibrahim Abu Hassan, arkitek negara yang pernah terlibat dalam proses pembinaan Masjid Negara. Selain itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor juga merupakan anak jati Kampung Jeram. Mereka sememangnya menjadi aspirasi kepada generasi muda untuk berjaya dan mengharumkan nama kampung dari pelbagai aspek pendidikan, perniagaan dan pentadbiran negara.

Terdapat juga aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Sebagai contoh, program anak angkat yang dianjurkan berjaya memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara hidup di kampung, aktiviti kesukanan dan aktiviti gotong-royong membersihkan dan menceriakan kampung. Sehingga kini, perhubungan yang baik masih diteruskan di antara peserta program anak angkat ini dengan penduduk kampung.

 

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK