Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Jeram
Batu 19,
45800 Jeram, Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
   
 

Keindahan Pantai Remis dan Pantai Jeram

F
 
 
Keindahan Pantai Remis

aktor utama sektor pelancongan yang membuatkan pengunjung ingin datang ke sini kerana keindahan pantai dan juga medan selera ikan bakar yang popular. Pantai Remis dan Pantai Jeram merupakan penyumbang kepada sektor pelancongan di kampung ini. Pantai Remis dan Pantai Jeram terletak berhampiran iaitu kira-kira satu kilometer dari Perpustakaan Desa Jeram. Walaupun kawasan pantai itu tidak sesuai untuk mandi-manda, namun pengunjung masih lagi bertandang untuk merasai keenakan ikan bakar dan makanan laut di sini.

Kunjungan pelancong bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan, namun ia juga popular di kalangan pengunjung dari luar Selangor. Anda dapat lihat kesesakan pengunjung yang datang pada hujung minggu. Kebanyakan medan selera yang terdapat di sini dibuka pada waktu petang sehingga lewat malam, hampir setiap hari. Selain itu, ia juga merupakan salah satu lokasi memancing yang menarik untuk kaki pancing sekitar Selangor.

 
Medan Selera Ikan Bakar yang menarik
 

Di sini juga terdapat perkhidmatan penginapan di Sembilang Resort yang diilhamkan oleh Datuk Paduka Haji Hanafi Sulaiman untuk pelancong dan juga sesuai untuk seisi keluarga. Selain daripada menikmati keindahan pantai yang permai, pengunjung juga boleh mencuba permainan paintball, flying fox dan juga taman rekreasi yang telah disediakan. Terdapat sebuah jeti yang disediakan bagi mereka yang ingin menikmati keindahan alam dan merasai kedinginan angin sepoi-sepoi bahasa. Kewujudan tempat penginapan seperti Sembilang Reort ini diharapkan dapat memperkenalkan kawasan Kampung Jeram di mata pengunjung luar.


 
Penafian | Laman Web KTAK