Terkenal Dengan Nama Jolokan Kampung Takwa
edan Ikan Bakar” merupakan identiti bagi Pekan Jeram, Kuala Selangor. Terkenal dengan pelbagai jenis masakan ikan bakar dan juga makanan laut, Kampung Jeram juga memberikan anda kedinginan angin sepoi-sepoi bahasa dari pantainya yang cukup indah.
Kampung ini juga terkenal dengan nama jolokan “Kampung Takwa” di kalangan pengunjung luar kerana terdapat ramai orang alim dan tahfiz yang berasal dari kampung ini. Tidak dapat dipastikan sejak bila gelaran “Kampung Takwa” ini melekat di sini, namun begitu, nama tersebut begitu popular di kalangan pengunjung dari luar dan masih terpahat sehingga kini.
| "Kampung ini juga terkenal dengan nama jolokan “Kampung Takwa” di kalangan pengunjung luar kerana terdapat ramai orang alim dan tahfiz yang berasal dari kampung ini. " |
|
| |
|
Tidak sukar bagi mereka yang ingin datang ke kampung ini jika anda melalui jalan Klang-Kuala Selangor. Perpustakaan Desa Jeram terletak berhadapan dengan Balai Polis Jeram. Selain itu, anda juga boleh melalui jalan alternatif dari Sungai Buloh, menghala ke Lebuh Raya Guthrie dan melalui kawasan Bestari Jaya dan Ijok. Kampung Jeram terletak lebih kurang 80 kilometer dari Kuala Lumpur, 34 kilometer dari bandar Klang dan 10 kilometer dari Kuala Selangor.
Perhubungan untuk ke kampung ini tidaklah sukar seperti dahulu. Kini, dengan adanya kemudahan perhubungan jalan raya yang baik dan lengkap, ia bukanlah suatu alasan untuk tidak boleh sampai ke sini. Di samping keadaan geografi kampung yang strategik di persisiran pantai, keadaan tanah pamah yang cukup sesuai untuk kegiatan pertanian juga menjadikan ia penempatan popular di sini.
Kebanyakan penduduk di sini memperolehi sumber rezeki melalui sektor perikanan kerana ia terletak berhampiran dengan persisiran pantai. Selain itu, terdapat juga segelintir penduduk yang masih menjadikan pertanian sebagai salah satu punca pendapatan manakala kaum belia lebih terdedah untuk berniaga, bekerja sendiri dan makan gaji di sektor perkhidmatan awam dan swasta.
|