Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Jeram
Batu 19,
45800 Jeram, Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
   
   

Bantuan Daripada UPEN

K
 
 
Sesagun Beras. Makanan yang tidak ditelan zaman

ampung Jeram juga tidak ketinggalan dalam melahirkan usahawan-usahawan yang semakin meningkat maju di dalam perusahaan dan perniagaan. Di antara perusahaan yang dijalankan adalah seperti restoran ikan bakar, perusahaan bahulu cermai dan sagun, kilang membekalkan peralatan kesihatan dan juga kilang alat-alat ganti jenama Proton. Kebanyakan perusahaan yang dijalankan diceburi oleh golongan belia dan dewasa.

Bantuan mesin yang diterima untuk perusahaan sagun diberikan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Selangor. UPEN menghulurkan bantuan kira-kira RM10,000 untuk sesebuah perusahaan kecil dan sederhana. Selain itu, terdapat juga khidmat nasihat yang ditawarkan kepada pengusaha yang berminat untuk mengembangkan empayar perniagaan mereka. Latihan dan seminar ini adalah di bawah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Syarikat Akal Bersatu Enterprise diusahakan oleh seorang belia di kampung ini lebih dari 10 tahun. Bermula daripada menjahit pakaian seragam secara kecil-kecilan kini, perniagaan beliau telah berkembang kepada peralatan perubatan seperti topeng, topi, baju dan dulang untuk peralatan pembedahan. Kini empayar perniagaan beliau telah berkembang sehingga ke negara Jepun dan mempunyai lebih daripada 20 orang pekerja.

 
Pengusaha baulu
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK