Khidmat Rawatan Moden dan Tradisional
ari sudut kesihatan, terdapat sebuah Pusat Kesihatan Kecil Jeram yang memberi khidmat rawatan dan perubatan kepada penduduk setempat dan sekitarnya. Pusat Kesihatan Kecil ini mengenakan bayaran sebanyak RM1 kepada penduduk tempatan. Terdapat lebih kurang 15 pekerja pusat kesihatan dan seorang doktor daripada Kapar, Klang. Pusat-pusat kesihatan lain ialah Unit Kesihatan Ibu dan Anak, Farmasi dan Unit Pergigian.
Jika terdapat sebarang masalah kesihatan yang memerlukan rawatan lanjut, penduduk boleh merujuk ke Hospital Tanjung Karang yang terletak 62 km dari kampung dan jika kecederaan serius berlaku barulah akan dihantar ke Hospital Klang.
Terdapat juga khidmat rawatan tradisional yang ditawarkan di kampung ini. Tukang urut dikenali sebagai “Wak Mus” dan Cik Derma amat sinonim di kalangan orang tempatan bagi khidmat urutan ibu bersalin dan juga urutan biasa. Bayaran yang dikenakan adalah di atas budi bicara pelanggan dan biasanya dalam kadar yang berpatutan.
|