Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Jeram
Batu 19,
45800 Jeram, Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
   
   

Rukun Tetangga Bantu RELA

P
 
 
Menjaga keamanan tanggungjawab bersama

ertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) juga diwujudkan di sini untuk membantu menjaga keselamatan penduduk kampung. Anggota RELA terdiri daripada anak tempatan yang sentiasa memastikan tahap keselamatan kampung terkawal. Rondaan mengikut giliran dilakukan jika terdapat sebarang masalah kecurian di Kampung Jeram. Mereka juga mendapat elaun sebanyak RM30 setiap kali melaksanakan tugas mengawal keselamatan kampung.

Terdapat juga rukun tetangga yang ditubuhkan pada sekitar 1990-an untuk menjaga keselamatan kawasan taman perumahan yang terdapat di sini. Rukun Tetangga ini diketuai oleh Tuan Haji Hussin Lagis.

Bagaimanapun, soal keselamatan adalah di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Terdapat sebuah Balai Polis Jeram yang terletak di tengah-tengah kawasan kampung bagi membolehkan hal ehwal keselamatan kampung terjaga. Selain itu, terdapat juga kemudahan balai bomba yang berdekatan yang terletak di daerah Kuala Selangor.

Tahap keselamatan penduduk kampung masih berada dalam keadaan terkawal kerana kesedaran sivik yang diterapkan dalam jiwa masing-masing masih terpahat. Pihak jawatankuasa kampung bersama Biro Keselamatan kampung juga sentiasa memastikan kampung ini berada pada kadar jenayah yang minimum.

 


 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK