Kemudahan Infrastuktur Memberi Keselesaan Penduduk
oleh dikatakan kemudahan asas yang terdapat di sini mencapai tahap memuaskan. Setiap penduduk dapat menikmati kemudahan air bersih dan bekalan elektrik serta perhubungan komunikasi. Selain itu, kemudahan pengangkutan ke kawasan ini juga baik kerana terdapatnya bas awam, teksi dan juga kenderaan persendirian seperti kereta dan motosikal. Kemudahan infrastruktur seperti jalan kampung yang bertar sepanjang 9.5 km dan jalan kampung sepanjang 5 km turut disediakan untuk keselesaan semua pihak . Segala kemudahan ini dinikmati oleh semua penduduk walaupun tinggal di kawasan pendalaman.
 |
|
|
|
Di antara kemudahan asas lain yang terdapat di sini adalah seperti perpustakaan desa, klinik desa, balai polis, balai masyarakat, dewan orang ramai, bilik gerakan belia, balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), masjid, surau, telefon awam, jejantas, pasar dan lain-lain. Setiap kemudahan asas yang disediakan adalah percuma untuk kegunaan orang ramai kecuali dewan serbaguna yang dikenakan sewa untuk bermain badminton ataupun ketika majlis perkahwinan. Dewan ini juga sering digunakan untuk majlis rasmi khususnya yang melibatkan Mukim Jeram.
|