Mukim Jeram Atur Pelbagai Strategi
ampung Jeram terletak di dalam mukim Jeram dan mempunyai lebih kurang sembilan kampung di sekitarnya. Mukim Jeram ini di bawah pentadbiran Penghulu Mukim iaitu Encik Kamaruddin Abd Rahman. Kampung-kampung sekitar Kampung Jeram bermula dari sempadan Kapar iaitu Kampung Tambak Jawa, Kampung Sungai Sembilang, Kampung Sungai Buloh, Kampung Bukit Kucing, Kampung Bukit Kucing Tengah, Kampung Bukit Hijau, Kampung Sungai 3, Kampung Bukit Kerayong Satu dan Kampung Felda Bukit Cerakah. Kampung-kampung ini berhubung dan berkomunikasi melalui hubungan perniagaan, kebudayaan, kesukanan dan pelbagai aktiviti kesukanan.
| |
 |
| |
| Pandu arah ke kawasan sekitar |
|
Selain itu, perjumpaan pada setiap hari Selasa dan Jumaat di Balai Penghulu membolehkan ketua kampung di dalam mukim Jeram berbincang dan memikirkan strategi terbaik untuk membangunkan kampung masing-masing. Di antara aktiviti yang dirancang adalah Hari Keluarga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mukim Jeram dan pertandingan tilawah Al-Quran pada setiap tahun. Setiap aktiviti di bawah pentadbiran Mukim Jeram akan dijalankan secara bergilir-gilir mengikut kampung. Segala aktiviti yang dirancang bertujuan mengeratkan hubungan di antara penduduk di dalam mukim Jeram.
Dari sudut kebudayaan, aktiviti Bulan Kemerdekaan juga dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk kampung dan kampung sekitarnya. Aktiviti ini pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya di kalangan anak muda kampung. Aspirasi untuk menyambut kemerdekaan bukan sahaja dirasai oleh warga tua, namun kanak-kanak dan golongan muda juga turut sama menghayati bulan kemerdekaan yang dianjurkan.
Dari aspek kesukanan, penglibatan aktif dari anak muda kampung di dalam setiap aktiviti kesukanan dianjurkan oleh Mukim Jeram ini merupakan suatu aktiviti yang positif. Acara sukan yang dianjurkan secara bermusim seperti Pertandingan Bola Sepak peringkat Dewan Undangan Negeri Selangor sering kali menjadi pilihan anak muda. Mereka akan sama-sama berkumpul dan berlatih pada setiap petang sebelum pertandingan dijalankan. Selain itu, terdapat juga padang futsal yang menjadi tempat anak-anak muda kampung sekitar berkumpul.
Hubungan baik di antara penduduk kampung Jeram dan penduduk sekitar sememangnya suatu usaha murni untuk merapatkan hubungan sesama kaum di dalam Mukim Jeram. Selain itu, melalui aktiviti yang dijalankan, golongan muda dan generasi tua juga dapat bekerjasama dalam setiap aspek dan berkongsi pengalaman untuk kepentingan bersama.
|