Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Jeram
Batu 19,
45800 Jeram, Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
   
   

JKKK Rancang Agenda Pembangunan Kampung

A

hli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau lebih dikenali sebagai JKKK dilantik untuk memastikan pembangunan kampung sentiasa terancang dan terjamin. Selain itu, jawatankuasa ini juga dilantik untuk memantau projek-projek kecil yang dijalankan di bawah pentabiran Majlis Daerah Kuala Selangor.

Mesyuarat ahli JKKK diadakan pada setiap Selasa dan Jumaat pertama setiap bulan di Balai Penghulu Mukim Jeram. Setiap kali mesyuarat dijalankan, jawatankuasa yang terlibat akan diberikan elaun sebanyak RM40. Sekurang-kurangnya 10 mesyuarat diadakan setiap bulan untuk memastikan agenda pembangunan kampung mencapai matlamatnya.

 
 
Kamaruddin, Penghulu Mukim Jeram

Di dalam oraganisasi JKKK, terdapat pelbagai biro yang dilantik bagi melancarkan aktiviti pembangunan kampung dan memastikan kampung sentiasa berada di dalam keadaan yang terkawal. Di antara biro yang di lantik adalah Biro Pembangunan, Biro Keselamatan, Biro Wanita dan beberapa jawatankuasa lain untuk membantu dari segi pentadbiran dan perancangan pembangunan kampung.

Di antara aktiviti yang pernah dianjurkan oleh JKKK bersama Perpustakaan Desa Jeram adalah Kuiz JKKK untuk penduduk kampung pada tahun 2008. Aktiviti seperti ini bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh jawatankuasa yang dilantik. Selain itu, ia juga dapat memperkenalkan ahli JKKK kepada penduduk supaya memudahkan mereka berinteraksi dengan pihak pentadbiran kampung.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK