Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Jeram
Batu 19,
45800 Jeram, Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
   
   

Sektor Perkhidmatan Tampung Ekonomi Penduduk

S

umber pendapatan penduduk dijana melalui sektor perikanan, pertanian, perniagaan serta sektor perkhidmatan awam dan swasta. Kebanyakan generasi tua meneruskan pekerjaan di dalam bidang perikanan dan pertanian yang diwarisi sejak turun temurun. Bagi golongan belia kampung pula, mereka lebih terdedah untuk menceburi sektor perkhidmatan awam dan swasta serta berniaga di medan ikan bakar di persisiran Pantai Remis dan Pantai Jeram.

Seramai 800 penduduk terdiri daripada mereka yang berkhidmat di sektor swasta berbanding hanya 200 penduduk bekerja di sektor kerajaan. Manakala yang selebihnya iaitu seramai 750 penduduk pula menjalankan aktiviti lain-lain seperti perniagaan, pertanian, perikanan dan sebagainya.

Sektor perikanan merupakan pekerjaan turun-temurun penduduk Jeram sejak awal pembukaan kampung. Keadaan geografi di persisiran pantai memudahkan penduduk untuk bekerja sebagai nelayan. Hasil tangkapan ikan yang diperoleh menjadi sumber pendapatan utama bagi mereka. Selain itu, mereka juga mengusahakan produk hasil laut seperti ikan kering dan ikan masin sebagai punca pendapatan tambahan.

"Seramai 800 penduduk terdiri daripada mereka yang berkhidmat di sektor swasta berbanding hanya 200 penduduk bekerja di sektor kerajaan. "  
   

Bagi sektor pertanian, tanaman seperti kelapa sawit, kelapa, pisang dan juga buah naga dijalankan di tanah yang berkeluasan hampir 1,300 hektar. Kebanyakan tanah yang digunakan adalah milik sendiri dan mereka menjalankan pertanian secara kecil-kecilan. Namun begitu, ia sedikit sebanyak membantu penduduk untuk menampung hidup dan menyara keluarga.

Bagi mereka yang lebih berminat bekerja di sektor kerajaan atau swasta, terdapat juga peluang pekerjaan di sekitar daerah Klang. Kebanyakan anak muda yang telah berjaya lebih gemar mencari rezeki di bandar ataupun di kawasan Selangor.

Manakala sumber pendapatan alternatif pula cenderung kepada perniagaan di pasar malam ataupun secara runcit di kawasan kampung. Pasar Malam Jeram sememangnya terkenal dengan produk-produk kampung dan hasil perikanan seperti kerang, kupang dan ikan kering. Pengunjung pasar ini terdiri daripada penduduk tempatan ataupun orang luar yang singgah ke Pantai Remis. Terdapat juga segelintir anak kampung yang berminat untuk berniaga sendiri di kawasan kampung dengan membuka kedai runcit.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK