| |
|
| |
| |
Angin sepoi-sepoi bahasa yang singgah ke persisiran pantai mendamaikan jiwa sesiapa sahaja. Lihat sahaja lautan yang terbentang, serta deruan ombak yang menyapu pantai, para pengunjung pasti terpesona akan keindahan alam itu. Lautan luas itu pula dihiasi beberapa bot-bot nelayan yang sedang membanting tulang mencari sesuap nasi. Kedatangan anda ke Kampung Jeram barang kali berbaloi apabila disulami dengan kenikmatan ikan bakar yang segar. Deretan medan selera membuatkan anda kelabu mata ingin memilih menu kegemaran. Melihatkan golongan belia menerajui medan selera ini, pastinya persepsi positif diberikan oleh pengunjung luar bahawa golongan belia di sini bersemangat keusahawanan untuk memajukan kampung mereka.
|
|
|
| Perikanan dan Penternakan |
Pertanian dan Perladangan |
Sektor perikanan membantu meningkatkan sumber ekonomi penduduk kampung terutamanya warga tua. Kebanyakan nelayan kampung ini menangkap ikan secara kecil-kecilan di atas pelbagai faktor kesihatan. Nelayan-nelayan ini akan mula mencari hasil tangkapan sebelum dinihari dan pulang pada waktu petang. |
Pertanian dan perladangan merupakan kegiatan yang giat dilakukan dari dulu hingga sekarang di Kampung Sungai Kembung Hilir. Meskipun perubahan masa dan kemajuan dapat kita kecapi di sini namun masih ada yang menjadikan pertanian sebagai punca pendapatan utama sehingga sekarang. |
|
| |
|