Belia Aktif Memajukan Diri
elia di kampung ini sememangnya antara penyumbang utama dalam sektor ekonomi dan pembangunan kampung. Kebanyakan belia bekerja sendiri dan berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam dan swasta. Walaupun gemar merebut peluang pekerjaan di bandar Klang atau sekitar kawasan Selangor tetapi tetap memilih untuk tinggal di kampung. Kebanyakan golongan belia yang lain menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan.
| "Pelbagai jenis medan selera yang menawarkan masakan ikan segar dan makanan laut seperti kerang, kupang dan sebagainya." |
|
| |
|
Di antara golongan belia yang berjaya di dalam sektor perniagaan ialah pembukaan medan selera ikan bakar yang meluas di kawasan persisiran Pantai Remis dan Pantai Jeram. Pelbagai jenis medan selera yang menawarkan masakan ikan segar dan makanan laut seperti kerang, kupang dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga tempat hiburan seperti karaoke yang disediakan di kawasan medan selera tersebut. Kebanyakan belia melibatkan diri dalam peniagaan medan selera ikan bakar dengan menggunakan modal individu bagi memulakan perniagaan.
Jawatankuasa Kemajuan Belia (JKB) juga bertindak memastikan penglibatan aktif belia untuk pembangunan kampung. Jawatankuasa yang dilantik ini sering menganjurkan aktiviti sukan dalaman seperti permainan karom, ping pong dan dart manakala aktiviti luar lebih kepada permainan bola sepak dan futsal. Terdapat beberapa padang bola di sekitar kampung yang menjadi tempat berkumpul golongan belia pada waktu petang. Gelanggang futsal yang dibina atas peruntukan kerajaan negeri Selangor juga membantu merapatkan golongan belia di sini.
Dari sudut kemasyarakatan, belia sememangnya aktif dalam pasukan kompang setiap kali berlansungnya majlis-majlis rasmi atau kenduri kendera. Mereka akan bekerjasama dan gotong-royong untuk melancarkan setiap majlis yang dianjurkan.
|