Pendidikan Agama Turut Dititik-Beratkan
eranan wanita dalam pembangunan ekonomi negara tidak perlu dipersoalkan lagi. Wanita di Kampung Jenjarom turut tidak terkecuali berganding bahu meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing.
Ramai golongan wanita di Kampung Jenjarom menceburkan diri dalam bidang perniagaan seperti kedai membuat kek serta pastri, kedai jahitan, sewaan khemah, perkhidmatan katering dan butik andaman pengantin. Antara pengusaha wanita yang berjaya di Kampung Jenjarom ialah Sri Banun Dolah. Beliau mengusahakan penternakan arnab bersama suaminya, Sudiro Biaswan. Pada awalnya, beliau tidak pernah terfikir untuk menternak arnab apatah lagi menjadikan kegiatan tersebut sebagai sumber ekonomi keluarganya. Namun, selepas dipelawa oleh seorang penduduk kampung untuk menjaga arnab ternakannya, maka beliau pun terus cuba berjinak-jinak dalam bidang penternakan arnab.
Banyak aktiviti dan persatuan dijalankan khas untuk kaum ibu Kampung Jenjarom seperti kelas Pengajian Al-Quran, ceramah agama dan lawatan sambil belajar. Kelas Pengajian Al-Quran ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Al Falah Kampung Jenjarom. Kebanyakan tenaga pengajar terdiri daripada qari dan qariah yang berpengalaman. Program Tadarus Al-Quran pula diadakan pada setiap hari Ahad. Seramai 40 orang qariah telah menamatkan tadarus mereka tahun lepas.
"Kelas Pengajian Al-Quran ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Al Falah Kampung Jenjarom. Kebanyakan tenaga pengajar terdiri daripada qari dan qariah yang berpengalaman."
|
|
| |
|
 |
| Penternakan arnab oleh kaum wanita |
|
|