Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Jenjarom,
Jalan Masjid, Kampung Jenjarom, Banting,
Selangor Darul Ehsan

   
   

Melahirkan Masyarakat Celik IT

P

rojek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) bertujuan merapatkan jurang digital di antara penduduk bandar dan luar bandar. Perpustakaan desa merupakan salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan ilmu khususnya dalam bidang teknologi maklumat untuk masyarakat luar bandar.

Usaha memartabatkan bangsa

Perpustakaan Desa Kampung Jenjarom telah ditubuhkan pada tahun 1999 di bawah penyeliaan Perpustakaan Awam Negeri Selangor dan Perpustakaan Negara Malaysia. Pada awalnya, Perpustakaan Desa Kampung Jenjarom ditempatkan sementara di Balai Pengajian KEMAS Kampung Jenjarom sebelum dipindahkan ke bangunan baru yang lebih selesa dan sempurna.

Perpustakaan Desa Kampung Jenjarom beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Individu yang bertanggungjawab menyelia perpustakaan desa di sini ialah Noraini Mohamed Yusof. Beliau merupakan anak watan Kampung Jenjarom dan telah berkhidmat sebagai penyelaras perpustakaan sejak ia mula dibuka. Antara kemudahan yang disediakan di dalam perpustakaan ini ialah komputer, pengimbas dan pencetak. Selain daripada aktiviti peminjaman buku, aktiviti lain seperti pertandingan melukis, mewarnakan gambar dan bercerita turut diadakan di sini. Pihak sekolah turut mengadakan Kempen Bacaan di Perpustakaan Kampung Jenjarom pada musim cuti persekolahan.

Perpustakaan Desa Kampung Jenjarom tidak menyediakan kemudahan Internet untuk penduduk kampung. Namun begitu, terdapat sebuah Pusat Informasi Jenjarom (JIC) yang dibina khas untuk memudahkan penduduk kampung melayari laman-laman web menerusi komputer yang disediakan.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK