Masyarakat Melayu Tradisional
umlah penduduk Kampung Jenjarom dianggarkan seramai 5,000. Kesemua penduduknya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Terdapat lebih daripada 700 buah rumah dibina dalam perkampungan ini. Rata-rata penduduk kampung membina rumah mereka secara berderetan di pinggir jalan kampung. Walau bagaimanapun, ada juga penduduk kampung yang tinggal secara berkelompok di kawasan penempatan baru dan secara bertaburan di seluruh kawasan sekitar kampung.
Masyarakat Kampung Jenjarom merupakan masyarakat Melayu tradisional. Penduduk kampung masih lagi mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya budaya ziarah-menziarahi, tolong menolong dan mengekalkan semangat kejiranan.
|