Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Jenjarom,
Jalan Masjid, Kampung Jenjarom, Banting,
Selangor Darul Ehsan

   
 

Tanaman Kontan Juga Menyumbang Ekonomi Setempat

K

ebanyakan aktiviti pertanian yang dijalankan oleh penduduk Kampung Jenjarom berdasarkan inisiatif sendiri. Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang bekerjasama dengan jabatan dan agensi pertanian turut memantau segala aktiviti pertanian yang dijalankan di sekitar kawasan kampung.

Kira-kira 700 hektar tanah telah disediakan khas untuk kegiatan pertanian di sini. Kegiatan perladangan kelapa sawit merupakan kegiatan utama penduduk Kampung Jenjarom. Selain itu, ada segelintir penduduk yang mengusahakan penanaman kelapa dan tanaman kontan seperti sayur-sayuran, pisang dan nanas. Seorang penduduk kampung, Mohd Yassin Oimin menanam jambu batu sebagai sumber ekonomi keluarganya.

Herba “Ficus Deltoidea”

Mas Cotek atau nama saintifiknya Ficus Deltoidea merupakan sejenis tumbuhan herba yang semakin dikenali kerana kelebihannya. Tanaman herba ini turut dikenali sebagai ‘sempit-sempit’ di Kepulauan Kalimantan. Daunnya yang telah dikeringkan, diproses untuk dijadikan sebagai minuman kesihatan. Mas Cotek digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit antaranya sakit urat saraf, gout dan kencing manis. Mas cotek juga berupaya mengeluarkan toksin dari dalam badan selain melancarkan peredaran darah.

 
 
Mas cotek berupaya merawat pelbagai
jenis penyakit

"...merawat pelbagai jenis penyakit antaranya sakit urat saraf, gout dan kencing manis. Mas cotek juga berupaya mengeluarkan toksin dari dalam badan selain melancarkan peredaran darah. "

 
   

Berdasarkan kepada kelebihan Mas Cotek ini, seorang penduduk Kampung Jenjarom telah mengambil inisiatif untuk membuka sebuah ladang Mas Cotek di Jalan Haji Marshudi. Ladang seluas satu hektar ini terletak di pinggir Kampung Jenjarom dan diusahakan oleh Masri Haji Ismail bersama 30 orang pekerjanya. Ladang Mas Cotek kepunyaan Masri telah menghasilkan kira-kira 20,000 batang pokok Mas Cotek. Beliau yang juga seorang kontraktor turut mula berjinak-jinak dalam tanaman pokok gaharu yang dikenali untuk pembuatan minyak wangi. Selain itu, beliau turut memiliki sebuah kilang pemprosesan herba Mas Cotek di Sungai Manggis, Banting. Herba Mas Cotek yang telah diproses akan dibungkus dalam bentuk uncang-uncang teh.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK