Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Jenjarom,
Jalan Masjid, Kampung Jenjarom, Banting,
Selangor Darul Ehsan

   
 

Maria Nazra Salim Pelajar Contoh

T

erdapat beberapa buah tabika, sekolah rendah dan sekolah menengah yang dibina di Kampung Jenjarom. Antaranya ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Jenjarom dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jenjarom (SMK Jenjarom). Dibuka pada tahun 1982, sekolah menengah ini menempatkan pelajar dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Tiga pada waktu itu. Hanya selepas 13 tahun, SMK Jenjarom mula menampung pelajar dari Tingkatan Empat sehingga Tingkatan Lima.

"...Sekolah Rendah Agama Kampung Jenjarom yang memuatkan sehingga 900 orang murid, sekolah rendah agama ini pada asalnya berkonsepkan sekolah pondok."

 
   
Keceriaan sekolah diberi keutamaan

Terdapat sebuah sekolah rendah agama di pinggir kampung, iaitu Sekolah Rendah Agama Kampung Jenjarom yang memuatkan sehingga 900 orang murid, sekolah rendah agama ini pada asalnya berkonsepkan sekolah pondok. Beberapa buah tabika seperti Tabika (KEMAS) Ain Balqis Jenjarom Barat dan Ain Sabrina Jenjarom Timur turut didirikan bagi pelajar pra sekolah. Selain itu, terdapat juga sebuah sekolah swasta di sini iaitu Sekolah Agama Menengah Harapan.

Antara pencapaian terbaik pelajar di Kampung Jenjarom ialah adik Maria Nazra Salim yang mendapat 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2006. Ramai juga anak watan Kampung Jenjarom yang berjaya di dalam bidang profesional seperti Dr. Sri Rahayu Haji Mohd Lokman yang kini berkhidmat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

 

 
Penafian | Laman Web KTAK