Kampung Jenjarom Kampung Kebanggaanku
ampung Jenjarom terletak di dalam Daerah Kuala Langat, Selangor. Ia hanya mengambil kira-kira satu jam pemanduan dari Bandar Raya Kuala Lumpur. Untuk sampai ke sini, pengunjung boleh menggunakan Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) dan melalui susur masuk ke Banting.
Bagi pengunjung yang tidak pernah datang ke sini, papan tanda di bahagian kiri jalan memudahkan perjalanan ke kampung ini. Sistem jalan raya yang sempurna turut memudahkan orang ramai untuk sampai ke sini. Sebuah kuil yang terletak di tepi jalan menjadi penanda utama bahawa anda sudah menghampiri kawasan Kampung Jenjarom. Setibanya anda di kampung ini, Landmark Kampung Jenjarom Kampungku Kebanggaanku akan menyambut kedatangan anda. Ia merupakan mercu tanda yang menunjukkan bahawa anda sudah pun berada di kawasan Kampung Jenjarom.
Perpustakaan Desa Kampung Jenjarom terletak di kawasan Dataran Kampung Jenjarom. Ia didirikan betul-betul di tengah kawasan kampung. Perpustakaan desa ini berdekatan dengan gelanggang gasing, gelanggang badminton, kedai runcit serta Pusat Informasi Jenjarom. Jarak perpustakaan desa dari Bandar Banting hanya kira-kira 15km.
Pelbagai aktiviti berteraskan ekonomi sedang giat dijalankan di kampung ini. Maka, tidak hairanlah penduduk Kampung Jenjarom dapat mengecap kehidupan yang selesa serta harmoni. Kedudukan Kampung Jenjarom yang tidak jauh dari Pekan Banting memberi banyak kelebihan kepada para penduduk Kampung Jenjarom terutama dalam hubungan perniagaan dan komunikasi.
Mempunyai Logo, Bendera Serta Lagu Kampung Sendiri
| |
 |
| |
Landmark kebanggaan Kampung Jenjarom |
|
Keunikan Kampung Jenjarom ialah ia mempunyai logo, bendera dan lagunya sendiri. Setiap warna dan lambang di dalam logo serta bendera mempunyai identitinya yang tersendiri. Contohnya, lambang buku di dalam Logo Kampung Jenjarom bermaksud ‘Mementingkan Pendidikan’. Keunikan ini menjadikan Kampung Jenjarom begitu istimewa.
|