Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Jenjarom,
Jalan Masjid, Kampung Jenjarom, Banting,
Selangor Darul Ehsan

   
 

Tanaman Cendawan Memberi Peluang Pekerjaan

P

enduduk Kampung Jenjarom turut aktif melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Ada yang mengusahakan perniagaan membuat perabot antik, papan iklan, kedai gunting rambut serta pembuatan makanan seperti kerepek, tempe, kuih-muih dan makanan segera.

Antara penduduk Kampung Jenjarom yang melibatkan diri secara aktif dalam bidang keusahawanan ialah Tuliah Mat Siman. Beliau bersama suami giat mengusahakan tanaman cendawan di Jalan Masjid Kampung Jenjarom. Tanaman cendawan milik Tuliah telah diusahakan selama dua tahun. Perusahaan ini sekali gus menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung di sini. Kini Tuliah dan suami memiliki enam buah pondok penanaman cendawan yang berupaya menghasilkan kira-kira sehingga 400kg cendawan seminggu.

Proses Penanaman Cendawan

Proses percambahan cendawan perlu mengikut prosedur-prosedur tertentu. Dari penyediaan beg cendawan, pengukusan, penyuntikan benih sehinggalah ke proses penyimpanan beg-beg cendawan. Beg-beg cendawan yang telah disuntik dengan benih cendawan disimpan di dalam sebuah pondok yang direka khas. Cendawan yang telah matang hanya boleh dipetik selepas dua bulan mengikut kesesuaian.

Berikut adalah gambar-gambar proses penanaman cendawan:

 
 
1.Penyediaan beg cendawan
 
 
2. Bilik pembungkusan beg cendawan

 

 

 

 

 

 

 

 
 
3. Cendawan yang telah disuntik dengan benih disimpan di pondok
 
 
4. Pemungutan hasil

 

 

 

 

 

 

 

 
 
5. Kaum wanita turut terlibat dalam membantu dalam meningkatkan ekonomi
 
 
6. Pokok simpanan cendawan

 

 

 

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK