Rondaan Berjadual Meningkatkan Keselamatan
ecara amnya soal keselamatan di kampung ini di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Terdapat juga agensi-agensi keselamatan yang lain seperti Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3). Selain itu, pertubuhan keselamatan seperti Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) diwujudkan untuk membantu meningkatkan keselamatan penduduk. Anggota RELA terdiri daripada anak tempatan yang sentiasa memastikan keselamatan kampung di tahap yang terkawal.
| |
 |
| |
| Balai Polis Jenjarom mudah dituju |
|
Balai polis yang bertanggungjawab dalam memastikan soal keselamatan di kampung ini ialah Balai Polis Jenjarom. Rondaan berjadual sering dilakukan di kawasan-kawasan kampung bagi mencegah sebarang aktiviti jenayah. Unit Kawalan Kampung (UKK) juga turut bertindak meningkatkan kawalan keselamatan penduduk di sini.
|