Tidak Dipinggirkan Walaupun Di Kawasan Pedalaman
ecara amnya, kemudahan asas yang terdapat di Kampung Serigala boleh dibanggakan. Biarpun terletak di hujung negeri Selangor, pihak kerajaan tidak pernah meminggirkan penduduk Kampung Serigala. Pelbagai jenis kemudahan prasarana serta infrastruktur dibina demi keselesaan dan keharmonian penduduk kampung. Hampir semua penduduk Kampung Serigala memperoleh kemudahan elektrik dan juga bekalan air paip.
| |
 |
| |
Masjid disediakan untuk penduduk
Muslim di Kampung Jenjarom |
|
Kemudahan prasarana seperti balai raya, Kompleks JKKK, padang permainan, gelanggang permainan, tanah perkuburan, masjid, surau, perhentian bas dan dewan orang ramai turut dibina untuk keselesaan penduduk kampung.
Sistem jalan raya yang baik turut memudahkan penduduk kampung untuk berhubung ke kampung serta bandar terdekat. Kampung ini dan sekitarnya yang juga dihubungkan dengan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) tambah memudahkan pergerakan dan perhubungan penduduknya.
|