Ekonomi dan Sukan Penyambung Silaturahim
ampung Jenjarom terletak di dalam Mukim Tanjung Dua Belas Satu. Keluasan kampung ini dianggarkan kira-kira 22 km persegi. Kampung Jenjarom berada di dalam Kawasan Parlimen Kuala Langat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Datok. Antara kampung yang berdekatan dengan Kampung Jenjarom ialah Kampung Seri Cheding, Kampung Rambai dan Kampung Kebun Baharu. Jalan utama Banting merupakan jalan yang menghubungkan antara kampung-kampung ini.
Kegiatan perniagaan dan pelbagai aktiviti sukan yang diadakan oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah mewujudkan kesinambungan silaturahim di antara penduduk Kampung Jenjarom dengan penduduk kampung sekitar. Aktiviti ini sekali gus menyumbang kepada cara hidup yang sihat di antara masyarakat kampung. Antara aktiviti yang sering diadakan ialah acara sukaneka, pertandingan bola tampar, perlawanan gasing, futsal, gotong-royong antara kampung serta aktiviti kesenian dan keagamaan seperti bermain gamelan dan Pertandingan Tilawah Al-Quran.
Jika suatu waktu dahulu penduduk kampung sukar untuk ke sesuatu destinasi kerana tiadanya kemudahan perhubungan yang sempurna, kini segala-galanya telah berubah. Jalan darat yang berturap dan sempurna mempercepatkan masa perjalanan penduduk kampung untuk ke kampung berhampiran.
|