Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Jenjarom,
Jalan Masjid, Kampung Jenjarom, Banting,
Selangor Darul Ehsan

   
 

JKKK Membantu Meningkatkan Taraf Kemudahan Asas

J


awatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) ditubuhkan antara lain sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan perpaduan antara kaum atau sesama penduduk. Melalui JKKK, maklumat-maklumat serta dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. Kadangkala ia disampaikan melalui program-program khusus seperti Program Anak Angkat, Program Sukan Komuniti dan sebagainya.

JKKK Kampung Jenjarom dipengerusikan oleh Haji Mohd Muzahir Mokhtar dibantu oleh Zurihan Haji Yusof selaku Timbalan Pengerusi. Ma’amin Haji Radiman bertindak selaku Setiausaha jawatankuasa.

JKKK Kampung Jenjarom telah dan sedang giat menjalankan pelbagai projek bagi meningkatkan tahap keselesaan penduduk. Antara matlamat JKKK Kampung Jenjarom ialah menaik taraf kemudahan asas kampung, mewujudkan generasi kampung yang berpendidikan tinggi, pengangguran sifar dan juga menaikkan taraf kesihatan di kalangan penduduk.

Pelbagai aktiviti Dijalankan oleh Biro Keindahan dan Keceriaan

 
 
Temubual bersama Haji Mohd Muzahir

Di bawah Biro Keindahan dan Keceriaan JKKK Kampung Jenjarom, pelbagai aktiviti bulanan telah dijalankan. Antaranya mengecat tanda nama jalan utama, mengindahkan landskap-landskap di simpang utama, mengecat semula pintu gerbang dan pagar batu balai raya, bekerjasama dengan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama Jenjarom, membersihkan kawasan sekolah serta mengadakan gotong-royong bersama masyarakat kampung.

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK