Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Jenjarom,
Jalan Masjid, Kampung Jenjarom, Banting,
Selangor Darul Ehsan

   
 

Perladangan Kelapa Sawit Penjana Ekonomi

 
Perusahaan ladang
kelapa sawit
K

ebanyakan penduduk Kampung Jenjarom terlibat dalam aktiviti pertanian, keusahawanan, penternakan haiwan dan sebagainya. Jumlah penduduk yang menjadi pekebun dianggarkan mencapai 70 peratus. Pendek kata, mereka gigih berusaha dalam meningkatkan taraf hidup mengikut kepakaran masing-masing.

Antara penyumbang pendapatan ekonomi penduduk ialah kegiatan perladangan kelapa sawit. Keluasan ladang-ladang kelapa sawit di kampung ini mencecah sehingga kira-kira 670 hektar. Ada juga segelintir penduduk yang mengusahakan tanaman seperti kelapa, pisang, nanas dan sebagainya. Malah ada penduduk kampung yang menjalankan penternakan lembu, kambing dan ikan dalam sangkar.

Selain itu, ada juga penduduk yang membuka perniagaan sendiri seperti kedai runcit, butik andaman pengantin, kedai jahitan, kedai makanan, bengkel motor dan sebagainya. Bidang perniagaan sedikit sebanyak memberi pendapatan sampingan kepada penduduk kampung di sini.

"Ada juga segelintir penduduk yang mengusahakan tanaman seperti kelapa, pisang, nanas dan sebagainya. Malah ada penduduk kampung yang menjalankan penternakan lembu, kambing dan ikan dalam sangkar."
 
   

 

 

 

 

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK