Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
 
 

Perpustakaan Desa Jenjarom,
Jalan Masjid, Kampung Jenjarom, Banting,
Selangor Darul Ehsan

Kemaskini Terakhir:-
21/7/2008

 

“Beridentiti Sendiri”. Kampung Jenjarom mempunyai logo, bendera serta lagunya sendiri. Ini menjadikan Kampung Jenjarom berbeza berbanding kampung-kampung lain. Setiap warna dan lambang yang terdapat pada logo kampung mempunyai maksudnya tersendiri. Begitu juga dengan bendera kampung. Setiap jalur warna mempunyai signifikan khusus. Lagu kampung pula berkisarkan kepada keindahan sekitar kampung, keakraban sesama penduduk serta pembangunan kampung yang semakin maju.

Kecekalan golongan wanita Kampung Jenjarom mengusahakan pelbagai jenis perniagaan juga menjadi kebanggaan. Puan Sri Bainun misalnya, mengusahakan penternakan arnab. Penternakan ini yang pada mulanya hanya dijadikan sumber pendapatan sampingan keluarga, kini mendapat permintaan yang tinggi dari pelbagai pihak. Segala urusan perniagaan dilakukan di kawasan rumah beliau. Ini kerana penternakan arnabnya hanya dijalankan di belakang rumahnya.


Sosioekonomi Belia
Ada juga segelintir penduduk yang mengusahakan tanaman seperti kelapa, pisang, nanas dan sebagainya. Malah ada penduduk kampung yang menjalankan penternakan lembu, kambing dan ikan dalam sangkar. Terdapat dua kumpulan kebudayaan yang ditubuhkan di Kampung Jenjarom, iaitu Kumpulan Cempuling Moden dan Kumpulan Gamelan. Kumpulan Cempuling Moden ini menggabungkan alat-alat muzik tradisional dan moden.
 
Penafian | Laman Web KTAK