Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
 

Perpustakaan Desa Jenjarom,
Jalan Masjid, Kampung Jenjarom, Banting,
Selangor Darul Ehsan

   
 

PERGAS Memastikan Kesinambungan Tradisi

P

ara belia di Kampung Jenjarom aktif dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan sukan seperti permainan sepak takraw, permainan gasing, futsal, pertandingan bola tampar dan sebagainya. Adanya kegiatan aktiviti sukan ini sekaligus dapat mengelakkan para belia kampung dari terlibat dengan gejala-gejala kurang sihat.

Ada juga belia yang terlibat dalam aktiviti kebudayaan seperti permainan gasing. Latihan gasing biasanya dijalankan dua hingga tiga kali seminggu pada sebelah malam. Gelanggang permainan gasing Kampung Jenjarom terletak di Dataran Rakyat Kampung Jenjarom dan bersebelahan dengan Perpustakaan Desa Kampung Jenjarom. Aktiviti permainan gasing diambil serius oleh JKKK kampung. Oleh sebab itu, sebuah persatuan gasing diwujudkan bagi melancarkan lagi aktiviti ini, iaitu Persatuan Gasing Kampung Jenjarom (PERGAS). Persatuan yang diketuai oleh Shafie Salamon berperanan dalam mengekalkan tradisi permainan yang semakin luput ditelan zaman ini.

Terdapat dua kumpulan kebudayaan yang ditubuhkan di Kampung Jenjarom, iaitu Kumpulan Cempuling Moden dan Kumpulan Gamelan. Kumpulan Cempuling Moden ini menggabungkan alat-alat muzik tradisional dan moden. Kumpulan muzik ini sering menerima undangan ke majlis-majlis jamuan wakil rakyat, jabatan kerajaan dan majlis perkahwinan di sekitar kampung, daerah Hulu Langat serta luar negeri Selangor. Kumpulan Gamelan Kampung Jenjarom pernah mendapat jemputan untuk membuat persembahan di negara Turki, Venezuela dan Indonesia.

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK