Wanita Penggerak FELDA
 |
|
| Wanita FELDA menyokong usaha modal insan |
|
|
aum hawa di FELDA Jengka 24 sentiasa aktif berpersatuan. Mereka juga turut aktif dalam perniagaan kecil-kecilan seperti perniagaan kuih-muih dan lain-lain. Selain itu, kaum ibu di sini juga aktif menjalani aktiviti keagamaan seperti menghadiri kelas agama dan mengikuti kelas pengajian Al-Quran.
Mereka juga melibatkan diri dalam kelas-kelas Marhaban dan Nasyid. Ahli-ahli kelas Marhaban dan nasyid akan mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan majlis potong jambul. Malah, mereka turut menyertai Pertandingan Marhaban antara kampung yang diadakan setahun sekali bersempena sambutan Maulidur Rasul. Kumpulan Marhaban dari FELDA Jengka 24 diberi nama Kumpulan Nurul Ain.
Ibu-ibu di sini juga aktif menghadiri kelas-kelas anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di mana mereka akan diajar memasak dan juga menjahit. Berdasarkan panduan dan tunjuk ajar yang diberikan, kaum-kaum ibu ini telah menyumbang kepada ekonomi di FELDA Jengka 24.
|