Maklumat Di Hujung Jari
emberian Khidmat Sejagat (USP) bertujuan merapatkan lagi jurang digital di antara penduduk bandar dan luar bandar. Selain daripada sebuah usaha untuk memberikan ilmu dan peluang merentasi dunia tanpa sempadan, namun pada masa yang sama ia sekaligus dapat meningkatkan taraf ekonomi di sesebuah kawasan. Di FELDA Jengka 24, projek USP di Klinik Desa Jengka 24 telah bermula pada tahun 2003-2004. Ia mendapat perhatian daripada penduduk setempat untuk datang ke mari. Dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
“Kemudahan Internet digunakan sebaik-baiknya dan dimanfaatkan agar segala maklumat diperoleh” |
|
| |
|
Apa yang paling menarik, USP di sini telah memberikan impak yang sangat besar kepada Khairul Nizam Che Anuar atau Along yang merupakan belia Jengka 24 yang saban hari mengunjungi klinik desa ini. Bukan untuk mendapatkan rawatan kesihatan tetapi untuk melayari Internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan penternakan lintah. Menurut beliau, segala-galanya kini hanya di hujung jari. Beliau amat berterima kasih kerana dengan adanya kemudahan seumpama ini, ia banyak membantu beliau dalam mengembangkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan bidang yang diceburinya.
Menurut Jururawat Masyarakat yang bertugas, USP ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat. Bagi yang baru tamat Sijil Penilaian Malaysia (SPM) di sinilah tempatnya mereka menghabiskan masa mencari maklumat institusi pengajian tinggi dan melihat keputusan kemasukan ke universiti secara online. Di klinik ini terdapat dua buah komputer, sebuah alat pengimbas dan mesin pencetak. |