Pemandangan Jengka 24

Bangkit Dari Zaman Kegelapan

F

ELDA Jengka 24 dibuka pada tahun 1970-an. Pelbagai rintangan dan cabaran ditempuh untuk mencari sesuap nasi. Sepanjang tempoh tersebut hingga sekarang, FELDA Jengka 24 pernah mengalami dugaan yang sangat tragis apabila tanaman mereka diserang oleh binatang buas. Habis segala penat lelah yang ditaburkan hilang begitu sahaja. Tidak cukup dengan itu, mereka diuji sekali lagi apabila buah sawit dari tanaman FELDA Jengka 24 menghasilkan minyak yang berkurangan dari biasa.

 
Antara rangkaian Jengka yang diteroka hingga diberi nama Jengka ke 24
 

Hal yang demikian menyebabkan FELDA Jengka 24 terpaksa berhutang dan geran pemilikan tanah mereka dibekukan. Hingga ke hari ini, FELDA Jengka 24 masih lagi tidak memiliki geran tanah yang mereka usahakan selama ini sejak tahun 1970-an. Namun, bagi peneroka FELDA Jengka 24 mereka tetap akan meneruskan perjuangan dan geran pasti akan menjadi milik mereka. Jika dilihat sekarang, kehidupan penduduk di sini cukup aman dan saling bantu membantu. Meraka mengharapkan tidak akan berlaku lagi zaman kegelapan. Pada tahun hadapan akan dilakukan penanaman semula kelapa sawit dan ini membuktikan segalanya berjalan seperti yang dirancang.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK