Adat Asas Perpaduan

S

ehingga tahun 2008 jumlah penduduk di sini kira-kira 5,000 orang dan kesemuanya berbangsa Melayu. Jika dilihat, kebanyakan golongan dewasa bekerja membanting tulang mengusahakan ladang masing-masing. Manakala, para belia pula keluar menimba ilmu di institusi pengajian tinggi dan mencari pekerjaan di bandar-bandar besar.

Peneroka FELDA Jengka 24 juga terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan menerusi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang telah bertapak sejak beberapa tahun yang lalu. Ada juga yang terlibat dengan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan. Sementara menunggu kelapa sawit mengeluarkan hasil, ramai yang mencari alternatif lain untuk menambahkan pendapatan. Adat-adat Melayu seperti tolong-menolong, bergotong-royong, ziarah-menziarahi dan bersalaman masih diamalkan sehingga ke hari ini. Adat tonggak pembangunan satu-satu bangsa. Tanpa adat manusia akan hilang arah dan pedoman.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK