Gaharu Produk Tumbuhan Terkaya

 
Penanaman gaharu secara komersil boleh mendatangkan hasil yang sangat lumayan
 
L

antaran sambutan amat menggalakkan selain harganya tinggi, ada peneroka FELDA Jengka 24 berani melabur bagi penanaman pokok gaharu yang mengambil masa lima tahun lapan bulan untuk mendapatkan hasilnya. Dengan kos sebatang pokok yang agak mahal ditambah dengan kos vaksin untuk proses mempercepatkan tumbesaran gaharu dan sebagainya, hanya mereka yang berkemampuan sahaja mampu berjinak-jinak di dalam industri ini.

Gaharu atau dikenali juga sebagai Agarwood adalah pokok dari keluarga Thymelaeceae. Pokok matang boleh membesar sehingga 40 meter tinggi dan berdiameter 40 sentimeter. Pokok Gaharu akan mula mengeluarkan resin gaharu pada usia 20 hingga 45 tahun. Pokok Gaharu amat diminati kerana menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan apabila kayunya dibakar. Pokok Gaharu hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750 meter dari aras laut dan memerlukan kelembapan yang tinggi. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK