Ilmu Penyuluh Hidup

P

endidikan memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anak kita mendapatkan ilmu secukupnya. Lantaran itu, sekolah-sekolah dibina bagi memastikan pendidikan sentiasa diutamakan. Di FELDA Jengka 24, terdapat dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Jengka 24 dan Sekolah Menengah Jengka 24.

Namun, apa yang menarik, di sini juga terdapat kelas khas untuk kanak-kanak di bawah usia lima tahun yang diberi nama Pusat Literasi Keluarga Jengka 24. Ia merupakan inisiatif daripada pihak FELDA untuk menerapkan minat belajar di kalangan anak-anak peneroka. Pusat ini yang bermula pada tahun 1994 adalah diwajibkan kepada semua anak peneroka FELDA Jengka 24.

Malah FELDA turut bertanggungjawab dalam membantu anak peneroka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Bantuan yang diberikan selalunya berbentuk kewangan iaitu RM500.00 diberikan pada peringkat Diploma manakala yang mengambil Ijazah akan diberikan RM1,000.00.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK