Gunung Senyum Melambai Mesra
 |
|
| Gunung Senyum menjanjikan pengalaman yang menarik jika dikunjungi |
|
|
estinasi pelancongan yang pastinya menguja anda ke mari pastinya Hutan Lipur Gunung Senyum. Hutan Lipur Gunung Senyum terletak dalam Hutan Simpan Jengka. Terletak lebih kurang 20 kilometer dari FELDA Jengka 24, hutan lipur ini juga boleh dilawati dengan menyeberangi Sungai Pahang dari Pekan Kuala Krau. Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Temerloh atau Bandar Kuantan. Hutan lipur ini terkenal dengan keunikan gua-gua yang penuh dengan misteri tersendiri. Menurut kajian arkeologi, terdapat kesan-kesan dipercayai penempatan manusia zaman Masolitik di sini.
Ketinggian Gunung Senyum dari paras laut ialah 1,594 dan di sebelahnya pula ialah Gunung Jebak Puyuh dengan ketinggian 1,180 dari paras laut. Menariknya di Gunung Senyum terdapat 18 buah gua antaranya ialah Gua Kolam Tujuh, Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Gajah, Gua Mayat, Gua Kapal, Gua Silat dan banyak lagi. Setiap gua di sini mempunyai nama yang unik dan ceritanya tersendiri. Gua Kapal diberi nama bersempena kejadian stalaktit dan stalagmit beratus tahun lalu yang berbentuk kapal berdekatan pintu gua. Lain pula dengan Gua Silat. Gua ini kelihatan unik kerana lantai guanya sentiasa kelihatan bersih seolah-olah seperti disapu, dijaga dan dipelihara dengan baik. Gua silat dinamakan demikian kerana di sini di katakan pada zaman dahulu adalah sebuah gelanggang untuk mempelajari ilmu persilatan. Di samping itu terdapat kesan-kesan tapak kaki di dinding gua yang menguatkan cerita Gunung Silat.
|
“Setiap Gua yang terdapat di Gunung Senyum mempunyai cerita dan sejarah yang tersendiri” |
| |
|
Hutan Lipur Gunung Senyum mula dibangunkan pada 14 Julai 1989 dan ia diuruskan sepenuhnya oleh Pejabat Hutan Daerah Temerloh, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Terdapat pelbagai jenis flora dan fauna di sekitar kawasan Hutan Lipur Gunung Senyum. Pelbagai prasarana disediakan bagi kemudahan pengunjung, antara adalah prasarana yang disediakan seperti kawasan perkhemahan, denai merentas hutan, trek joging, kawasan perkelahan, Aktiviti penerokaan gua turut dijalankan di mana terdapat dua asrama disediakan untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini.
Jika anda ingin mendaki gunung, anda perlu membuat tempahan awal sekurang-kurangnya sebulan lebih awal bagi memastikan semuanya dapat diuruskan oleh Jabatan Perhutanan. Bayaran akan dikenakan sekiranya pendaki ingin meminta khidmat penunjuk arah daripada pihak jabatan untuk sampai ke puncak. Turut disediakan di sini adalah beberapa buah chalet yang sedia menerima tempahan. Setelah penat mengembara, dalam perjalanan pulang, sebaik keluar sahaja dari pintu gerbang, jangan lupa untuk menoleh ke belakang kerana anda akan dapat menyaksikan Gunung Senyum seolah melambai-lambai kepulangan anda.
|