Kaya Dengan Warisan
ELDA Jengka 24 merupakan salah sebuah kawasan tanah rancangan FELDA Wilayah Jengka yang sedang pesat membangun. Jika dahulu sebut sahaja FELDA atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan yang tergambar di fikiran tentunya sebuah penempatan yang dikelilingi oleh ladang dan masyarakatnya dikategorikan sebagai mereka yang mencari rezeki berasaskan perladangan dan pertanian.Namun atas dasar kesedaran, pertanian kini telah menjadi industri terpenting bagi negara membangun seperti Malaysia.
FELDA Jengka 24 terletak di Daerah Jerantut. Kedudukannya terletak 41 kilometer dari Bandar Jerantut dan Bandar yang berhampiran ialah Bandar Pusat Jengka iaitu lebih kurang 10 kilometer dari Klinik Desa Jengka 24. Apabila kelihatan replika gading gajah yang terletak di pintu masuk FELDA Jengka 24, ia menandakan anda telah sampai ke sana. Gading gajah tersebut membawa maksud kemakmuran dan kekuatan peneroka FELDA Jengka 24.
FELDA Jengka 24 terkenal dengan kumpulan gendang tarinya yang mengetengahkan kebudayaan tradisional Pahang. Kumpulan yang dikenali sebagai Cincin Belah Rotan merupakan sebuah kumpulan kebudayaan yang bergiat aktif di Negeri Pahang. Mereka banyak mengadakan persembahan sama ada pada majlis kenduri kendara mahupun majlis-majlis yang melibatkan pengunjung dari dalam dan luar negara di tempat-tempat tertentu.
|