Wanita Berjiwa Kental

L

embaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sentiasa berganding bahu dalam memastikan kemajuan dapat dibawa walau di ceruk mana sekalipun sesebuah penempatan itu. Di FELDA Jengka 24 sendiri, pembangunan yang cuba dibawa oleh kedua-dua agensi itu telah memberi ruang kepada isteri-isteri peneroka untuk membantu meringankan beban suami. Di bawah projek yang diberi nama Projek Kepelbagaian Luar Bandar Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Projek Bantuan Ekonomi Kampung, ia sekaligus memberikan peluang kepada mereka yang berminat melakukan aktiviti untuk meningkatkan ekonomi kampung.

“IKS memberi kesempatan pada kaum wanita untuk terus berdaya saing meningkatkan pendapatan keluarga”

 
   

Hatinah Mamat merupakan salah seorang penduduk FELDA Jengka 24 yang mendapat sokongan daripada pihak FELDA dan KEMAS dari segi bantuan peralatan. Usaha beliau yang pada awalnya bermula secara kecil-kecilan di rumah dengan membuat rempeyek, kerepek pisang sira dan siput bilis mendapat perhatian daripada kedua agensi tersebut untuk diketengahkan.

 
Hatinah Mamat mengusahakan industri kecil makanan ringan dengan bantuan KEMAS & FELDA
 

Setakat ini, produk beliau bukan sahaja terkenal di FELDA Jengka 24 malah beliau telah memasarkan produknya ke luar Negeri Pahang iaitu di Pasar Raya Mydin Subang Jaya. Beliau mula beroperasi sejak tahun 1994 lagi.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK